Jiwa Besar

 

Kita diciptakan dan dilahirkan di dunia adalah untuk memikul tugas yang mulia

“Kita diciptakan dan dilahirkan di dunia adalah supaya kita menjadi hamba Allah yang berjiwa besar, kerana kita telah mewarisi risalah Islam dari Rasulullah s.a.w. untuk diperjuangkan dan disebarkan ke seluruh umat manusia kerana risalah yang agung inilah penyelesaian kpd segala masalah di dunia, dan ia  bukan sekadar hikayat dan ritual. inilah pengabdian kepadaNya yang sebenar.”

 

Jiwa Besar. Istilah yang mungkin sangat baru kepada sesetengah manusia. Hari ini kita lihat umat islam telah merendahkan nilai dirinya. Masalah dadah, buang bayi, homoseksual, ajaran sesat, rosak akhlak, sumbang mahram, amalan seks bebas, liberalisasi; semua masalah yang berpunca dari kurangnya rasa dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Yang akhirnya melahirkan umat yang lemah, mudah terpengaruh dan tiada jati diri.

Suka saya bawa sidang pembaca sekalian untuk menghayati kembali nilai diri kita yang sebenar sebagai seorang muslim. Sesungguhnya kita adalah umat pilihan yang diciptakan Allah kepada manusia.

Kita tidak diciptakan dan dilahirkan di dunia sebagai makhluk yang hina. Kita adalah makhluk yang mulia berbanding makhluk lain. Tetapi kemuliaan manusia itu bukan pada tubuh badannya, bukan pada elemen dalam dirinya, bukan juga pada kekuatan atau kemampuan yang ada padanya,  tetapi kerana beberapa perkara:

1. manusia diciptakan oleh Allah dari ruhNya

“Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya RuhKu”  (asShaad, 38:72)

2. Allah telah memerintahkan malaikat untuk sujud kepada Adam a.s.

 “Dan (ingatlah), tatkala Kami berfirman kepada para malaikat: “Sujudlah kamu semua kepada Adam“…” (alIsra’, 17:61)

3. Allah telah menundukkan apa yang ada di langit dan di bumi untuk kegunaan manusia

“Dan Ia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadaNya; …” (alJathiah, 45:13)

4. Manusia memikul tanggungjawab yang besar dari Allah, iaitu sebagai khalifah di muka bumi.

”Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: ”Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi...” (alBaqarah, 2:30)

 

maka apakah tugas manusia itu sebagai khalifah di muka bumi yang begitu mulia sekali sehingga layak untuk disujudkan kepadanya malaikat dan ditundukkan apa yang ada di langit dan bumi untuknya? itulah tugas yang menjadikan kita sebaik-baik umat di kalangan ciptaanNya yang terbaik di muka bumi ini, iaitu seperti firman Allah yang bermaksud:

“Kamu(umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah…” (aliImran, 3:110)

itulah syarat kemuliaan kita. iaitu pada tujuan penciptaan kita, untuk menyebarkan kebaikan dan menghalang kemungkaran, berlandaskan ajaran Islam yang sebenar, bukan konsep Islam yang diciptakan oleh barat dan mereka yang berkepentingan, tetapi Islam seperti yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. dan diperjuangkan oleh sahabat dan pejuang-pejuang islam sehingga sampai agama penyelesai segala masalah dunia ini kepada kita.

semestinya, makhluk yang mulia ini, yang memikul tugas yang sangat besar dan berat ini, memerlukan kepada jiwa yang besar yang bersedia berkorban, berjuang dan berjihad untuk melunaskan tugas yang telah dipikul oleh manusia seawal penciptannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: