MELAYU: Satu Bangsa Yang Dimuliakan Dengan Islam

Kita Dimuliakan Dengan Islam

“Kita ini adalah orang-orang yang paling hina lalu Allah memuliakan kita dengan Islam. Kalau saja kita mencari kemuliaan pada selain Islam maka Allah akan menghinakan kita lagi…” (Umar alKhattob)

begitu hebat kata-kata Saidina Umar alKhattob ini. seorang yang berasa begitu ‘izzah (mulia) dengan Islam yang diimaninya. yang tidak gentar untuk mengisytiharkan keislamannya tatkala umat Islam ketika itu bukanlah golongan yang dominan di Mekah.

“Wahai Rasulullah, bukankah kita berada di atas kebenaran?”

Baginda menjawab, “Ya.”

Beliau bertanya lagi, “Bukankah mereka berada di atas kebatilan?”

Rasulullah SAW bertanya pula, “Apa pendapatmu, hai Umar?”

“Kita harus keluar dan mengumumkan diri kita…”

tetapi kerana rasa ‘izzah dan yakinnya dengan agama Allah yang sempurna ini (walaupun pada ketika itu wahyu belum lagi sempurna), beliau tidak malu dan takut untuk menghadapi pihak kuffar yang pada ketika itu masih menguasai Mekkah.

begitulah sepatutnya umat Islam hari ini. tidak kira anda berbangsa apa, berbahasa apa, bekerja sebagai apa, di tampuk pemerintahan atau rakyat biasa, jika anda beragama Islam dan beramal dengannya, maka anda telah berada di makam kemuliaan di sisi Allah.

jika anda berasa ‘izzah dan yakin dengan agama Allah yang syumul ini, maka anda tidak akan malu untuk menyatakan keislaman anda dan mempraktikkan Islam dalam seluruh kehidupan anda.

jika anda berasa ‘izaah dan yakin dengan agama Allah yang indah lagi serba lengkap ini, anda akan sedar bahawa Islam hari ini, di negara kita, Malaysia khususnya, tidak berada di tempat yang selayaknya.

jika anda berasa ‘izzah dan yakin dengan agama Allah yang agung ini, anda akan termimpi untuk melihat Islam kembali menguasai dunia seperti yang pernah dilakukan oleh umat Islam di zaman khilafah ‘Abassiyah malah lebih hebat lagi, akhirnya menjadi ustaziatul’alam (rujukan dunia) suatu hari nanti.

jika anda berasa ‘izzah dan yakin dengan agama Allah yang dengannya sahaja kita berasa mulia, anda akan rasa tergerak untuk berusaha supaya Islam kembali kepada tempatnya yang mulia, bukan sekadar di masjid dan mahkamah syaria’ah, tetapi merangkumi seluruh aspek kehidupan, dari kepimpinan negara kepada masyarakat, dari ekonomi kepada pendidikan, dari ketenteraan kepada pekerjaan dan seluruhnya.

jika anda berasa ‘izzah dan yakin dengan agama Allah yang hanya padanya ada pertolongan Allah, anda akan berasa yakin bahawa Allah akan membantu mereka yang bersungguh dan ikhlas menegakkan Islam di muka bumi ini, bahawa anda tidak perlu kepada orang kafir untuk membantu, atau orang musyrik untuk membentangkan kepada kita jalan ke arahnya.

kerana sesungguhnya, pada Islam itu sendiri telah ada segala penyelesaian dan jalan keluar

“Pada hari ini Aku telah sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Aku sempurnakan atas kamu nikmatKu, dan Aku telah rela untukmu Islam sebagai agamamu”.
(al-Ma’idah, 5:3)

MELAYU: selepas Islam
kedatangan pedagang Arab pada abad ke 17 di Tanah Melayu yang menyampaikan dakwah kepada masyarakat di sini telah akhirnya menjadikan Islam agama yang sebati dengan masyarakat Melayu (semoga Allah merahmati dan mengganjari mereka). ini boleh dilihat pada corak pemerintahan telah bertukar menjadi pemerintahan sultan dan contoh yang paling tersohor ialah Sultan Alauddin Riayat Syah (1477-1488) yang telah memerintah Melaka berdasarkan corak pemerintahan Saidina Umar alKhattob. undang-undang Melaka iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka juga digubal berdasarkan hukum-hukum Islam. malahan sehingga kini pun, takrif Melayu itu sendiri berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dikaitkan dengan Islam:

“Orang Melayu” ertinya seseorang yang menganuti agama
Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan—
(a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau
Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu
atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di
Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di
Persekutuan atau di Singapura; atau
(b) ialah zuriat seseorang yang sedemikian

Tidak Semua Nasiolisme Salah

syeikh Hassan alBanna ada menyebut dalam Himpunan Risalahnya dalam risalah Dakwah Kami, bab Pendirian Kita Terhadap Aliran Fahaman Lain, satu bab yang panjang tapi saya ambil poin yang berkaitan:

(nasionalisme yang dibenarkan dalam Islam)

“Jika nasionalisme yang dimaksudkan oleh mereka yang berbangga dengan semangat nasionalisme ialah generasi mutakhir perlu menurut jejak generasi silam dalam membina hidup gemilang, dihormati, cemerlang, berkeyakinan tinggi dan menjadikan mereka sebagai contoh yang baik; Jika nasionalisme yang dimaksudkan ialah kegemilangan seorang bapa menjadi kebanggaan seorang anak lantaran itu menjadi pembakar semangat dan perangsang. Jika ini yang dimaksudkan, ia adalah suatu tujuan yang baik. Kami sokong dan kami galakkan. Bukankah usaha kita membangkitkan semangat generasi masa kini bertujuan supaya mereka mencontohi kehebatan generasi silam.”

“Jika nasionalisme yang dimaksudkan ialah keluarga dan bangsanya adalah orang yang paling utama untuk menerima layanan baik dan orang yang paling utama dilimpahkan segala sumbangan dan jihad, maksud ini adalah benar. Siapakah yang tidak merasakan bahawa orang yang paling utama untuk menerima sumbangannya ialah bangsanya sendiri yang telah membesarkannya?

“Jika nasionalisme yang dimaksudkan ialah kita semua dituntut supaya berusaha dan berjihad, maka menjadi kewajipan setiap kumpulan untuk berusaha mencapai matlamat ini sehingga dengan izin Allah masing-masing mencapai kejayaan. Inilah pengagihan tugas yang terbaik. Siapa lagi kalau bukan kita yang membekalkan kepada umat Timur dengan pelbagai pasukan dan ketumbukan jihad dalam setiap lapangan sehingga kita bertemu semuanya dalam kemerdekaan dan kebebasan.”

Semua nilai nasionalisme ini dan yang seumpamanya adalah nilai yang baik, disanjungi dan tidak dilarang oleh Islam. Nilai ini menjadi ukuran kita dan kita bukan sahaja menerima dengan senang hati semua nilai ini malah kita sokong.”

(nasionalism yang dilarang dalam Islam)

“Jika apa yang dimaksudkan dengan nasionalisme ialah menghidupkan kembali budaya jahiliyyah yang telah pupus. Mewujudkan semula sejarah yang telah lenyap dengan mengenepikan tamadun baik yang telah bertapak kukuh. Membuang semua yang ada kaitan dengan Islam semata-mata kerana semangat nasionalisme dan semangat kebangsaan sepertimana yang dilakukan oleh sesetengah negara yang agak fanatik. Sehingga ke tahap menghancurkan semua imej Islam dan Arab. Termasuk mengubah nama, huruf dan istilah yang digunakan dan menghidupkan semula budaya jahiliyyah yang telah sekian lama pupus. Jika inilah nasionalisme yang dimaksudkan, maka nasionalisme seperti ini tidak betul dan membawa kesan yang amat buruk.”

“Jika apa yang dimaksudkan dengan nasionalisme ialah berbangga dengan bangsa sendiri hingga ke tahap merendahkan bangsa lain, memusuhi dan memanipulasi bangsa lain demi memartabatkan bangsa sendiri sepertimana yang pernah dilakukan oleh Jerman dan Itali atau mana-mana bangsa yang mendakwa mereka lebih istimewa berbanding bangsa-bangsa lain, maka maksud seperti ini adalah suatu yang keji malah bercanggah sama sekali dengan nilai peri kemanusiaan.”

malah Allah sendiri ada menyebut bahawa bangsa itu adalah ciptaanNya jua:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, . Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya” (alHujuraat, 49:13)

siapakah kita untuk menghina bangsa kita sendiri, melupakannya atau mengikis identiti bangsa kita yang tidak bertentangan dengan Islam. kita tidak pilih untuk dilahirkan sebagai bangsa apa. Allah telah menetapkan kita untuk dilahirkan sebagai bangsa kita sekarang ini kerana inilah bangsa yang terbaik untuk kita dan wajib ke atas kita untuk menjadikan bangsa kita ni suatu bangsa yang berbangga dan beramal dengan Islam yang sohih yang suatu hari nanti akan bernaung juga di bawah khilafah Islam yang bakal menguasai dunia.

Formula Kebangkitan Umat

ustaz Syed Qutb ada menyebut dalam bukunya Haza adDeen berdasarkan kisah perang Uhud:

“apa yang jelas ialah manhaj Ilahi (Islam) ini meletakkan sepenuh kejayaan in kepada usaha manusia dan kejayaan ini hanya dicapai menurut kemampuan manusia dalam usahanya memperbaiki jiwa dan kehidupan manusia amnya”

syarat kepada bengkitnya Islam di sesuatu tempat itu ialah perlunya kepada satu umat yang berusaha bersungguh-sungguh sepertimana yang dilakukan oleh rasulullah s.a.w. dan para sahabat dahulu.

mengikut suasana di Malaysia yang penduduknya adalah majoriti melayu, dan perlembagaan telah meletakkan syarat melayu mesti beragama Islam dan ada juga perlembagaan yang menyatakan Islam sebagai agama persekutuan, adalah logik untuk memulakan usaha ini dengan membangkitkan kesedaran orang melayu di Malaysia supaya bersama-sama berusaha mengembalikan kegemilangan Islam di bumi Malaysia, tanpa menafikan bangsa-bangsa lain juga boleh menyumbang di dalam usaha ini. juga tanpa menafikan hak bangsa lain yang belum mendapat dakwah Islam untuk mendapat kefahaman tentang Islam. tetapi fokus kita ialah bangsa yang memang telah sebati dengannya agama Islam, cuma mungkin keramaian darinya telah tertipu dengan keseronokan dunia maka telah jauh dari ajaran Islam yang sebenar.

menjadi tanggungjawab kepada setiap individu melayu yang secara mafhumnya adalah Muslim di Malaysia yang sedar akan hakikat ini untuk menyampaikan Islam kepada sekurang-kurangnya keluarganya sendiri sehingga akhirnya mereka juga sedar dan bergerak bersama-sama. jika setiap individu melayu Muslim yang sedar berkerja bersungguh-sungguh ke arah ini, insyaAllah cahaya  Islam akan terpancar di bumi Malaysia yang kita cintai ini, dan apabila tiba masanya dengan izinnya cahaya ini akan bersatu dengan cahaya-cahaya yang indah dari seluruh pelosok dunia, akhirnya Islam kembali menyinari umat manusia di seluruh dunia.

MELAYU Sepakat Islam Berdaulat

hakikat yang berlaku di Malaysia harini ialah kebanyakan mesyarakat Melayu Islam berada di dalam kecelaruan yang membimbangkan. mereka tidak memahami Islam yang sebenarnya, yang merangkumi keseluruhan hidup mereka. mereka tidak merasakan kewajipan untuk menyampaikan Islam kepada masyarakat sekeliling mereka. bahkan kepada  keluarga mereka sendiri pun tidak terasa untuk menyampaikan. selagi mereka cukup makan, orang lain tidak mengganggu mereka dan keluarga mereka, mereka reda dengan keadaan umat hari ini.

sedarlah! bangsa Melayu telah dimuliakan oleh Islam sejak agama ini bertapak di Tanah Melayu ratusan tahun dahulu. tetapi sayangnya, kelalaian dan tertipunya bangsa kita dengan nikmat keduniaan telah menyebabkan kita tersungkur oleh perancangan musuh yang tidak mengenal penat-lelah menghancurkan Islam. mereka sama sekali tidak akan berhenti sekadar menghilangkan khilafah, tetapi mereka akan terus bergerak supaya segala usaha menegakkannya kembali dihapuskan di peringkat awalnya lagi.

kebangkitan bangsa Melayu dalam menegakkan Islam telah mendapat perhatian musuh Islam. kedatangan mereka ke Tanah Melayu bukan sekadar berdagang rempah atau menjelajah benua, tetapi mereka mempunyai agenda yang lebih besar: menghancurkan kebangkitan Islam di Asia Tenggara. jika kita tidak berhati-hati dan masih terus leka dan berpecah-belah dengan isu tempatan, berhati-hatilah! sejarah boleh berulang! cuma kali ini, musuh itu mungkin telah berada di kalangan kita…

sedarlah! kita harapan umat Islam di Malaysia. bukan menafikan kehadiran kaum lain di Malaysia ni, tetapi kita adalah bangsa paling ramai di Malaysia, juga bangsa yang secara mafhum dan undang-undangnya adalah Islam. bangsa lain pula, jika mereka ingin pulang ke negara mereka untuk menyampaikan Islam di tanah asal mereka, kita tidak boleh halang mereka. Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabat Baginda dari golongan Muhajirin sendiri pun rindu untuk pulang ke kampung halaman mereka, Kota Mekkah dan menyebarkan cahaya Islam kepada kaum kerabat mereka di sana yang belum menerima Islam setelah sekian lama berhijrah ke Madinah. akhirnya yang menjadi harapan untuk membangkitkan Islam di tanah bertuah ini ialah penduduk asal bumi ini juga, iaitu kaum Melayu. pulanglah semua kepada ajaran Islam yang syumul dan bersepakatlah untuk mengembalikan kegemilangan Islam di bumi Malaysia yang tercinta ini.

fahamilah, seruan ini bukan kita meletakkan kaum lain di bawah kita, tetapi mengajak semua orang Melayu di Malaysia supaya merasa ‘izzah dan bangga dengan Islam, yang akhirnya menggerakkan kita untuk beramal dengan sepenuhnya Islam dalam kehidupan kita serta mengajak mereka di sekeliling kita untuk sama-sama merasai kemanisan dan kebahagiaan apabila hidup sepenuhnya dengan Islam.

ketahuilah, seruan ini bukan sahaja ditujukan kepada 2 parti politik Melayu di Malaysia, tetapi diajukan juga kepada semua orang Melayu di Malaysia supaya kita sama-sama sepakat dengan apa jua perkara yang menguntungkan agenda Islam dan sepakat menentang apa jua perkara yang merugikan agenda Islam.

wallahua’lam

bacaan bermanfaat insyaAllah

30 soalan Melayu Sepakat Islam Berdaulat

Ucapan Dasar AGM ISMA ke-12

Fahami AssabiyahMelayu Islam

Lihat Politik Dalam KepentinganUmmah

akhlak-kesepakatan-umat-asas-kekuatan-pembangunan

msib-01-melayu-sepakat-islam-berdaulat

perpecahan-sentiasa-mengundang-musuh

[MSIB 02] Kristianisasi : UMNO vs PAS berlawan di mahkamah

Nasionalis atau sekularis?

Wala’ dan Bara’ dalam konteks perjuangan menegakkan syariat Islam

Sampaikanlah pandanganku ini

Wala dan bara’

Perjuangkan Islam atau Demokrasi ala Barat?

Penyelesaian Saya…Penyelesaian Saudara?

melayu-sepakat-islam-berdaulat

video-video berguna untuk memahami slogan ini

Apa kata mereka (bukan ahli ISMA)?

Memperkongsi Jalur Dakwah Menelusuri Cabaran Wehdah – Prof. Dato’ Dr. Sidek Baba

DR ASRI-TRANSFORMASI POLITIK…POLITIK JAGA HATI KAWAN

Sokong Islam Anda Selamat -Ustaz Kazim

Bangkit – DJ Fuzz x Altimet x Salam (Official Lyric Video )

 

Sokong Islam Anda Selamat -Ustaz Kazim

2 Responses so far »

  1. 1

    Admin said,

    bila nak public publish ni?


Comment RSS · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: