Kosong + Kosong +………+ Kosong = Kosong

Image

3 Mac 1924. satu tarikh hitam dalam sejarah islam. sistem khalifah yang dibina sekian lama akhirnya berjaya ditumpaskan musuh Islam apabila khalifah terakhir, Sultan Abdul Majid II dihalau dari tampuk pemerintahan dan diganti oleh boneka barat, Kamal Atarturk. berdekad umat islam yg lalai dengan dunia akhirnya dihukum oleh Allah dengan kehinaan di bawah pemerintahan sekular Kamal Atarturk.

Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah agama ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan, azan diluangkan dalam bahasa Turki dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya

telah berlalu satu tempoh yang lama setelah itu. umat islam mula bangkit kembali. perlahan-lahan, tetapi pasti. kepincangan sistem jahiliyah semakin hari semakin jelas. manusia mula bangkit. manusia mula kembali kepada fitrah asalnya. namun, perkara ini bukan sahaja disedari oleh orang Islam seluruh dunia, tetapi pastinya juga disedari musuh-musuh Islam yang telah lama berjuang memastikan umat Islam kekal dalam kehinaan. mereka sekali-kali tidak akan berdiam diri. ini hakikat yang tidak dapat dinafikan lagi dan dibenarkan oleh kalamullah sendiri.

“dan orang-orang yahudi dan nasrani tidak akan rela kepadamu sehingga engkau mengikuti agama mereka. katakanlah: ‘sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)’ dan jika kamu mengikuti mereka setelah ilmu sampai kepadamu, tidak akan ada pelindung dan pertolongan dari Allah”

(alBaqarah, 2:120)

serangan musuh-musuh islam ini datang dalam pelbagai rupa. secara jelas mahupun halus. serangan ketenteraan mahupun serangan pemikiran. dari aspek ekonomi mahupun politik. sosial juga pendidikan. tidak dilupakan dari sudut hiburan dan keseronokan. serangan-serangan mengikis identiti islam dari individu-individu muslim. tanpa asas kekuatan yang mantap dalam jiwa seorang muslim itu, pasti tumpas. pasti.

kerana itulah gerakan memartabatkan kembali Islam di dunia ini perlu kepada individu-individu muslim yang kuat asas pegangan agamanya, dan sedar kehadiran musuh-musuh yang tidak kenal erti penat mencantas sebarang tunjang kebangkitan islam. mari kita hayati dan dalami kata-kata Syeikh Syakib Arsalan apabila beliau menerima surat-surat dari Morocco, Jawa, Mesir, Syria, Iraq dan Palestin yang mencadangkan diadakan perhimpunan besar Islam atau melantik seorang khalifah atau melakukan perkara-perkara seumpanya:

“kita wajib memulakan usaha ini dari bawah. kita perlu mentarbiyyah individu. apalah gunanya mengadakan perhimpunan yang mengumpulkan orang-orang yang lemah, yang tidak mempunyai keinginana tersendiri dan tidak mampu melaksanakan apa-apa keputusan atau resolusi. apa faedahnya semua itu? adakah kamu mahu kami mengumpulkan angka-angka kosong?”

kita juga sebenarnya telah diberi amaran oleh Allah mengenai ‘angka-angka kosong’ ini dalam firmanNya:

“jika mereka berangkat bersama-sama kamu nescaya mereka tidak menambah kamu selain dari kerosakan belaka dan tentu mereka bergegas maju ke muka di celah-celah barisanmu untuk mengadakan kekacauan di antaramu, sedang di antara kamu ada orang-orang yang amat suka mendengarkan perkataan mereka. dan Allah Maha mengetahui orang yang zalim”

(atTaubah, 9:47)

silap haribulan, angka-angka kosong tersebut boleh bertukar menjadi angka-angka negatif yang merosakkan saf pejuang-pejuang islam. na’uzubillahiminzalik

semoga kita tidak termasuk dalam ‘golongan kosong’ itu. semoga kita tergolong dalam golongan yang sama-sama menyumbang kepada syarat datangnya kemenangan dari Allah. semoga kita semua terus thabat dalam usaha mencapainya.

—–

bacaan bermanfaat:

1. Andainya Aku Di Situ

2. Memperingati 88 tahun sejarah hitam

3. Hidup biar berjasa, mati biar mulia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: