Ramadhan Datang Lagi


“ Setiap amalan anak Adam
adalah digandakan pahalanya
kepada sepuluh hingga tujuh ratus kali ganda,
maka berfirman ALLAH Subhana Wa Ta’ala :

Kecuali puasa,
sesungguhnya ia adalah khas untuk-Ku
dan Akulah yang akan membalas kebaikannya,

mereka meninggalkan makanan,
minuman dan syahwat mereka (di siang hari)

hanya kerana-Ku.”

[Riwayat Al-Bukhari & Muslim (Hadis Qudsi)]

alhamdulillah…alhamdulillah…alhamdulillah

syukur yang tak terhingga. Allah telah mengizinkan kita untuk sekali lagi sampai kepada satu bulan yang penuh barakah, bulan Ramadhan. bagi kami tahun 5 perubatan Iskandariah tahun ini, ia adalah satu perjuangan yang hebat. peperiksaan akhir tahun adalah di pertengahan bulan Ramadhan hingga hampir hujung bulan (15.8-23.8).

as much as we want to multiply our ‘ibadah,both qualitatively and quantitatively, the coming exams are another war we are obligated to take part in. that being said, and the point being cleared i hope, just want to share these 2 nostalgic nasyeeds:

1. Ramadhan Dua Zaman – the Zikr


Ramadhan,satu nasib tak serupa,
peluangnya sama, natijahnya berbeza.

Ramadhan mereka, gemilang cemerlang,
mukmin berjasa di awal zaman,
Ramadhan kami malang terbuang,
muslim berdosa di akhir zaman.

Mereka gembira kerana kedatanganmu,
kami gembira dengan pemergianmu,
malam mereka menyinar disimbah nur al-quran,
tapi malam kami bulan bertemu dengkur.

Mereka berlumba mengejar maghfirah,
tapi kami, lesu diburu nafsu,
hati mereka bercahaya digilap taqwa,
jiwa kami gelap didera dosa.

Takbir mereka takbir kemenangan,
hadiah mujahadah sebulan ramadhan,
takbir kami lesu tak bermaya,
tanda kalah lemah tak berdaya,
puasa sekadar lapar dan dahaga.

2. Amalan Ramadhan – Nadamurni

Pesta beribadah telahpun bermula
Bersama tibanya Ramadhan yang mulia
Rahmat Allah melimpah untuk semua hambaNya
Nikmat Allah mengalir mencurah-curah

Meriahkan Ramadhan ini dengan beribadah
Tingkatkan amal dan mujahadah
Banyakkanlah berzikir dan baca Al-Quran
Muhasabah dan sucikan hati..

Seluruh anggota kita semua ada peranannya
Perlu dijaga di setiap tindakan
Hati yang telah bersih dan berakhlak mulia
Di sisi Allah tinggi nilainya

Jagalah lidah dan juga tutur kata jangan sampai
Mengumpat dan berkata-kata dusta
Pelihara mata dan kawal telinga
Agar berbuat yang diredhai Allah
Langkahkan kaki menuju kebaikan jangan melangkah
Ke arah kejahatan dan maksiat
jika terhumban ke kancah kehinaan
Di dunia lagi beroleh pembalasan

Tangan pun juga hendaklah perlu dijaga elakkan diri
mengambil hak org lain tanpa redha
kukuhkan perpaduan hindar permusuhan sesama jiran, rakan dan taulan
jadikanlah Ramadhan gelanggang untuk beribadah
bukan sekadar lapar dan dahaga
ramadhan setahun sekali sahaja
rebutlahlah peluang jangan ketinggalan

~

tiadalah waktu yang lebih baik untuk berubah menjadi lebih baik melainkan sekarang. dan tiadalah ‘waktu sekarang’ yang lebih baik selain dari di bulan Ramadhan. gunakanlah kesempatan Ramadhan ini utk menjadi seorang muslim yang lebih baik, seorang mukmin yang lebih mantap imannya dan  seorang muttaqin yg sebenar. semoga diterima amalan dan dihampirkan diri kita kepadaNya

wallahua’lam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: