Exam & 10 to-do’s

exam tak lama lg. byk lg kena study. ni mungkin post terakhir sehingga habis exam kali ni insyaAllah. bukannya resepi kejayaan ke apa, sendiri pun masih byk kena perbaiki, tp lebih kepada peringatan kpd diri sendiri, dgn harapan yg lain pon blh ambil manfaat darinya…

—-

apa yg kita kena ingat dan buat time exam specifically tp sebaik-baiknya diteruskan sepanjang hidup…

1. IKHLAS

ikhlaskan niat kerana Allah, dgn harapan apa yg kita belajar merapatkan lg kita kpdNya samada dgn ilmu tu sendiri atau semasa kita kerja nnti dgn ilmu tersebut, bukan sbb terpaksa, untuk exam semata, menunjuk2 etc.

عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ

صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْ

هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ

یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) .

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap

orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka

hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu

mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke

arah perkara yang ditujuinya itu. (Hadis riwayat alBukhari dan Muslim)

2. BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH

hukum Allahnya, kalau nak berjaya kena usaha. study hard, study smart…

فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ (٧

7. kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain)

(alInsyirah, 94:7)

3. DOA

hanya Allah sahaja yg mampu merealisasikan impian kita. mintalah hanya dariNya

وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ (٨

8. dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon

(alInsyirah, 94:8)

4. TAWAKKAL

kalau dah usaha, serahkan segalanya pdNya, sesungguhnya hanya Dia maha mengetahui apa yg baik untuk kita…

وَعَلَى اللَّهِ فَتَوَكَّلُوا إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ (٢٣

23. ... dan kepada Allah jualah hendaklah kamu berserah , jika benar kamu orang-orang yang beriman

(alMaidah, 5:23)

5.  IBADAH KHUSUS

jaga solat, alQuran etc. kalau boleh, solat di masjid, awal waktu, berjemaah. alQuran kena baca setiap hari. jgn lupa juga amalan sunat lain seperti zikir, istighfar, solat sunat etc. takkan kita nak berjaya dunia je kan? mesti nak berjaya akhirat juga kan?

6. JAUHI MAKSIAT

kalau rasa study tak masuk atau tak boleh fokus, banyakkan istighfar, semoga Allah mengampunkan dosa kita dan mudahkan study kita. jgn terpedaya dgn pembuat maksiat yang cemerlang dlm kehidupannya di dunia, sesungguhnya Allah blh memberi nikmat kpd hambaNya supaya dia menjadi lebih jauh dariNya (blh cek istilah istidraj). semoga kita tak tergolong dlm golongan ni…

اَلْعِلْمُ نُوْرٌ اَلنُّوْرُلاَ يُهْدَ ى لِلْعَصِ

Ilmu adalah cahaya dan cahaya tak masuk dengan kemaksiatan

– Imam Syafi’i

7. DOA dan REDHA IBUBAPA

doa mak ayah kat anak2nya mustajab, tp nak suruh mak ayah kita doakan kita selalu, kenalah selalu buat baik kpd mereka. at least call diorg seminggu sekali kalau berjauhan dan jgn lupa doakan diorg setiap hari.

Tiga jenis doa yang pasti akan dikabul tanpa diragui lagi, doa orang yang dizalimi, doa orang yang sedang dalam perjalanan (musafir) dan doa orang tua ke atas anaknya.” – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, no: 1828.

8. DOAKAN SAHABAT LAIN

tak rugi kita doakan rakan2 kita, walau hanya dgn ‘good luck’. tp lebih baik kalau kita doakan ‘semoga Allah mudahkan’, ‘semoga Allah bersama kamu’ etc.

Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata ‘aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan‘” (Shahih Muslim no. 2733)

9. TIDAK PUTUS ASA

kadang2 mungkin kita rasa nak exam ni rasa susah sgt, tp ingatlah  “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” [albaqarah, 2:286]

وَلا تَيْأَسُوا مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِنَّهُ لا يَيْئَسُ مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِلا الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ (٨٧

87. .. dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir. (Yusuf, 12:87)

10. REDHA dan SABAR

last but not least, apa2 jua the end result, kita kena redha. kalau dapat apa yg kita inginkan, bersyukurlah; kalau tidak, bersabarlah. yakinlah dgn sifat Allah yg maha Adil (tidak menzalimi hambaNya), maha penyayang, maha mengetahui apa yg terbaik buat kita, maha bijaksana. pasti ada hikmah disebaliknya. semoga iman kita menjadi semakin mantap dgn apa jua result yg kita dpt.

“Sungguh ajaib dalam urusan orang mukmin! Sesungguhnya setiap urusannya baginya ada kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang mukmin. Sekiranya dia diberi dengan sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur maka kebaikan baginya dan sekiranya apabila dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar maka kebaikan baginya.” – (Hadis riwayat Muslim)

wallahua’lam

1 Response so far »

  1. 1

    asmahaa85 said,

    thanks for the reminder. moga Allah mudahkan exam!


Comment RSS · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: