Keyakinan

قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ

وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Katakanlah: “Inilah jalanku. Aku dan orang-orang yang mengikutiku menyeru kepada ALLAH dengan keterangan yang nyata. Maha Suci ALLAH dan aku tidak termasuk orang-orang yang musyrik.”) (Yusuf, 12: 108)

Dia telah belajar. Dia telah faham. Dia telah mengambil pengajaran. Dia telah nampak dengan jelas. Dia telah diuji dan melepasinya.

Kini tiba masa untuk dia percaya. Tiada curiga. Was-was dibuang ke tepi. Ragu-ragu tiada lagi. Bisikan syaitan melemah jiwa dilawan habis-habisan. Tiada dalam dirinya melainkan keyakinan.

Katakanlah, “Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, istEri-istErimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yg kamu khuatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya”. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik. (atTaubah, 9:24)

Maka lahirlah mujahid sejati sedia menerima tanggungjawab dan memberi diri. Tiada yang diharapnya selain cinta Allah dan RasululNya. Cinta dan rindu untuk akhirnya berhadapan dengan Tuhan tanpa hijab dan bersama Rasulullah dan para mujahidin di syurga tertinggi.

Ayuh, saudara seperjuanganku, jangan ragu!!

 

 

يا معشر الاخوان لا تترددوا لا لا لا عن حوضكم حيث الرسول محمد

Wahai ikhwan, janganlah kalian merasa ragu. Jangan! Jangan! Jangan!
Dengan apa yang ada di sekeliling kalian kerana (temujanji kita di telaga syurga)bersama Ar-Rasul Muhammad s.a.w

نادتكم الفردوس فامضوا نحوها في دعوة الاسلام عزوا واسعدوا

Syurga Firdaus telah memanggilmu maka segeralah menyahutnya. Rasa izzah dan gembiralah dalam dakwah Islam

إنا فرشنا بالكفاح طريقنا ودم الشهادة نبعنا المتورد

Sesungguhnya tempat tidur kita adalah jihad yang menjadi jalan kita. Dan darah syuhadak kita yang mula mengalir

علماؤنا بمدادهم فتحوا الدنا نحن الذين على الكتاب تعاهدوا

Para ulama’ kita telah membuka Dunia ini dengan ilmu-ilmu mereka. Kita semua telah membuat janji setia dengan al-Quran

ايماننا بالله قوى ضعفنا اخلاصنا يحي القلوب ويسعد

Keimanan kita kepada Allah menguatkan kelemahan kita. Keikhlasan kita menghidupkan hati dan menyenangkannya

اعلامنا بإخائنا تتألق فتيقنوا وتوكلوا وتوددوا

Panji-panji kita di atas persaudaraan. Maka berpeganglah, yakinlah, bertawakallah dan kukuhkanlah pegangan kita

اركان هذا البيت اعمدة الهدى نمضي بها دوما ولا نتردد

Rukun Baiah kita adalah sebagai pegangan petunjuk. Tetaplah kita berjalan di atasnya tanpa ragu-ragu

الفهم والاخلاص والعمل النقي ثم الجهاد اخوة وتجرد

Kefahaman, Keikhlasan, Amal yang suci kemudian Jihad, Ukhuwah dan Tajarrud

ثقة وتضحية وطاعة ربنا ثم الثبات نشيدنا المتوقد

Thiqah, Tadhiyah, Taat kepada Tuhan kita kemudian Thabat menjadi slogan kita yang dijulang

هذه اخي اركان بيعتنا التي نادا بها فينا الامام المرشد

Wahai akhi, inilah Rukun Baiah yang sering disebut kepada kita oleh Mursyidul Am Imam Hasan al-Banna
~*~
credits to akhi iddin. blog: http://izzsalamah.blogspot.com/2011/12/temujanji-kita-bersama-rasulullah-saw.html

Leave a comment »

Di Sini Bermula

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.” (atTaubah, 9:111)

Tanggungjawab yang berat. Tuntutan yang banyak. Jiwa yang kecil akan merasa ia suatu yang mustahil dan tidak realistik. Sudah tiada harapan. Cukuplah hidup sekadar cukup makan, duit, ada rumah, kenderaan, keluarga anak bini sihat cukup keperluan. Tidak rasa di sana ada tanggungjawab yang lebih besar.

Sedangkan bagi mereka yang telah memahami tugasnya yang sebenar sebagai manusia, sebagai seorang muslim, sebagai seorang hamba kepada Allah, tiada pilihan lain baginya selain menyerahkan segalanya untuk agamanya, jasadnya yang satu itu, waktnya yang 24 jam itu, hartanya setiap sennya, tenaganya dan apa jua yang dapat disumbangkan, maka segalanya adalah demi Tuhannya. Perniagaan yang hanya tampak untungnya apabila berpindah alam. Hanya jiwa yang besar yang tidak dibutakan dengan kekayaan dunia yang murah mampu melakukannya. Jadilah dia tentera Allah dan ansarullah. Dan dia terus kekal begitu sehingga tiba hari ketentuan Allah.

Semoga kita tergolong dalam golongan itu dan terus thabat dengannya.

“Bahawa orang-orang yang berjanji setia kepadamu(Muhammad), sesungguhnya mereka hanya berjanji setia kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan-tangan mereka, maka barangsiapa yang melanggar janji, sesungguhnya dia melanggar janji sendiri, dan barangsiapa yang menepati janjinya kepada Allah, maka Dia akan memberinya pahala yang besar” (alFath, 48:10)

Hayyu Sabi3, Kaherah

7.00 pm

6 ZulQa3ada 1433/22 September 2012

Leave a comment »

Jiwa Besar

 

Kita diciptakan dan dilahirkan di dunia adalah untuk memikul tugas yang mulia

“Kita diciptakan dan dilahirkan di dunia adalah supaya kita menjadi hamba Allah yang berjiwa besar, kerana kita telah mewarisi risalah Islam dari Rasulullah s.a.w. untuk diperjuangkan dan disebarkan ke seluruh umat manusia kerana risalah yang agung inilah penyelesaian kpd segala masalah di dunia, dan ia  bukan sekadar hikayat dan ritual. inilah pengabdian kepadaNya yang sebenar.”

 

Jiwa Besar. Istilah yang mungkin sangat baru kepada sesetengah manusia. Hari ini kita lihat umat islam telah merendahkan nilai dirinya. Masalah dadah, buang bayi, homoseksual, ajaran sesat, rosak akhlak, sumbang mahram, amalan seks bebas, liberalisasi; semua masalah yang berpunca dari kurangnya rasa dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Yang akhirnya melahirkan umat yang lemah, mudah terpengaruh dan tiada jati diri.

Suka saya bawa sidang pembaca sekalian untuk menghayati kembali nilai diri kita yang sebenar sebagai seorang muslim. Sesungguhnya kita adalah umat pilihan yang diciptakan Allah kepada manusia.

Kita tidak diciptakan dan dilahirkan di dunia sebagai makhluk yang hina. Kita adalah makhluk yang mulia berbanding makhluk lain. Tetapi kemuliaan manusia itu bukan pada tubuh badannya, bukan pada elemen dalam dirinya, bukan juga pada kekuatan atau kemampuan yang ada padanya,  tetapi kerana beberapa perkara:

1. manusia diciptakan oleh Allah dari ruhNya

“Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya RuhKu”  (asShaad, 38:72)

2. Allah telah memerintahkan malaikat untuk sujud kepada Adam a.s.

 “Dan (ingatlah), tatkala Kami berfirman kepada para malaikat: “Sujudlah kamu semua kepada Adam“…” (alIsra’, 17:61)

3. Allah telah menundukkan apa yang ada di langit dan di bumi untuk kegunaan manusia

“Dan Ia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadaNya; …” (alJathiah, 45:13)

4. Manusia memikul tanggungjawab yang besar dari Allah, iaitu sebagai khalifah di muka bumi.

”Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: ”Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi...” (alBaqarah, 2:30)

 

maka apakah tugas manusia itu sebagai khalifah di muka bumi yang begitu mulia sekali sehingga layak untuk disujudkan kepadanya malaikat dan ditundukkan apa yang ada di langit dan bumi untuknya? itulah tugas yang menjadikan kita sebaik-baik umat di kalangan ciptaanNya yang terbaik di muka bumi ini, iaitu seperti firman Allah yang bermaksud:

“Kamu(umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah…” (aliImran, 3:110)

itulah syarat kemuliaan kita. iaitu pada tujuan penciptaan kita, untuk menyebarkan kebaikan dan menghalang kemungkaran, berlandaskan ajaran Islam yang sebenar, bukan konsep Islam yang diciptakan oleh barat dan mereka yang berkepentingan, tetapi Islam seperti yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. dan diperjuangkan oleh sahabat dan pejuang-pejuang islam sehingga sampai agama penyelesai segala masalah dunia ini kepada kita.

semestinya, makhluk yang mulia ini, yang memikul tugas yang sangat besar dan berat ini, memerlukan kepada jiwa yang besar yang bersedia berkorban, berjuang dan berjihad untuk melunaskan tugas yang telah dipikul oleh manusia seawal penciptannya.

Leave a comment »

Ramadhan & Pre-Internship

“sesungguhnya di Syurga nanti ada satu pintu dinamakan Pintu alRayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu ini di hari Kiamat.
~Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini kecuali mereka~
dikatakan: ‘Di mana orang-orang yang berpuasa?’ lalu mereka berdiri.
~tidak ada yang akan masuk melalui pintu ini selain mereka~
apabila mereka semua telah masuk, akan ditutup pintu ini
~dan tidak ada seorangpun yang akan masuk melaluinya~”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

—–

just a short update. its Ramadhan, and we have to ‘work’ HOs (though not as bad as what we heard from Malaysia)
——

alhamdulillah… alhamdulillah…alhamdulillah

setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah kerana telah memakbulkan doa kita supaya disampaikan kepada Ramadhan tahun ini. walaupun hari-hari awal berpuasa di kala musim imtihan, itu bukan alasan untuk tidak mengejar kberkatan yg ada pada bulan ini, lebi-lebih lagi kita ada lagi banyak hari berbaki, walaupun terpaksa ‘bekerja’ setempoh ini. rancangan asal untuk fokus betul2 Ramadhan tahun ni terpaksa diubah sedikit mindset kerana jadual program pre-internship yg wajib kena pergi ni boleh tahan juga dasyatnya. ‘ala kulli hal, pasti ada hikmah di sebalik susunannya. anggaplah ini sebagai satu proses tarbiyyah untuk membentuk jiwa yang lebih besar dan bersedia apabila balik nanti, sebagai hamba, da’i dan doktor.

peperiksaan yang terakhir akhirnya tamat. satu perjuangan 6 tahun di bumi Mesir ini akhirnya telah berkahir (doakan semua lepas peperiksaan haritu). tapi hakikatnya belum tamat sepenuhnya kerana ada program ‘preinternship’, satu program yang diadakan untuk mempersiapkan pelajar-pelajar menghadapi zaman HO apabila pulang ke Malaysia kelak. program yg bakal berlangsung selama 3 minggu ni bakal menyajikan kepada pelajar lebih kepada ilmu praktikal berbanding teori. tiada lecture, ILA mahupun TBL, masa akan diluangkan sepenuhnya di wad atau bagi kami di cardiology unit, di echo lab dan CCU. semoga Allah mudahkan semua

———–

apapun, Ramadhan sudah melepasi 1/3 dari tempohnya yang singkat. ada baiknya kita muhasabah (sebaiknya dilakukan setiap hari!) apa pencapaian kita dan kegagalan kita setempoh ini supaya kita boleh lebih kuat dan lebih menghayati Ramdhan yang berbaki ini.

antara kesilapan yg dilakukan ramai pelajar di mesir ni ialah rasa ingin berehat setelah berhempas pulas di medan peperiksaan, maka sekarang ditambah dengan cuti musim panas yang panas, telah bermalas-malas sepanjang Ramadhan ini. sedarlah! sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

 “Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata: ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata: ‘Amin’. (HR alBukhori).

rugi yang sangat besar jika bulan yang dinanti-nanti ini, yg penuh barakah ini, banyak kelebihannya, yang telah kita disampaikan oleh Allah kepadanya akhirnya untuk kita ditimpa kecelakaan kerana kelekaan kita. na’uzubillahiminzalik.

kita sepatutnya merasakan satu pengkhianatan kepada bulan Ramadhan jika kita mampu bersungguh-sungguh untuk melepasi peperiksaan tetapi untuk mengejar kelebihan bulan Ramadhan kita telah tumpas

saudara-saudaraku yang disayangi kerana Allah sekalian, ambillah peluang ini sebaiknya. bersabarlah di beberapa hari yang tinggal ini dari godaan nafsu. pastikan ada beza kita di bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan lain. dan biar ada beza kita sebelum Ramadhan dan selepas Ramadhan. belum tentu lagi kita akan sampai kepada Ramadhn seterusnya. belum terlambat untuk set target kita, dan bersungguh-sungguh untuk Ramadhan kali ini.

semoga Allah menerima amalan kita, dan semoga keluar kita dari madrasah Ramadhan kali ini terampun dosa, layak untuk pintu syurga arRayan dan semakin tambah bertaqwa.

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa” (alBaqarah, 2:183)

wallahua’lam

Leave a comment »

MELAYU: Satu Bangsa Yang Dimuliakan Dengan Islam

Kita Dimuliakan Dengan Islam

“Kita ini adalah orang-orang yang paling hina lalu Allah memuliakan kita dengan Islam. Kalau saja kita mencari kemuliaan pada selain Islam maka Allah akan menghinakan kita lagi…” (Umar alKhattob)

begitu hebat kata-kata Saidina Umar alKhattob ini. seorang yang berasa begitu ‘izzah (mulia) dengan Islam yang diimaninya. yang tidak gentar untuk mengisytiharkan keislamannya tatkala umat Islam ketika itu bukanlah golongan yang dominan di Mekah.

“Wahai Rasulullah, bukankah kita berada di atas kebenaran?”

Baginda menjawab, “Ya.”

Beliau bertanya lagi, “Bukankah mereka berada di atas kebatilan?”

Rasulullah SAW bertanya pula, “Apa pendapatmu, hai Umar?”

“Kita harus keluar dan mengumumkan diri kita…”

tetapi kerana rasa ‘izzah dan yakinnya dengan agama Allah yang sempurna ini (walaupun pada ketika itu wahyu belum lagi sempurna), beliau tidak malu dan takut untuk menghadapi pihak kuffar yang pada ketika itu masih menguasai Mekkah.

begitulah sepatutnya umat Islam hari ini. tidak kira anda berbangsa apa, berbahasa apa, bekerja sebagai apa, di tampuk pemerintahan atau rakyat biasa, jika anda beragama Islam dan beramal dengannya, maka anda telah berada di makam kemuliaan di sisi Allah.

jika anda berasa ‘izzah dan yakin dengan agama Allah yang syumul ini, maka anda tidak akan malu untuk menyatakan keislaman anda dan mempraktikkan Islam dalam seluruh kehidupan anda.

jika anda berasa ‘izaah dan yakin dengan agama Allah yang indah lagi serba lengkap ini, anda akan sedar bahawa Islam hari ini, di negara kita, Malaysia khususnya, tidak berada di tempat yang selayaknya.

jika anda berasa ‘izzah dan yakin dengan agama Allah yang agung ini, anda akan termimpi untuk melihat Islam kembali menguasai dunia seperti yang pernah dilakukan oleh umat Islam di zaman khilafah ‘Abassiyah malah lebih hebat lagi, akhirnya menjadi ustaziatul’alam (rujukan dunia) suatu hari nanti.

jika anda berasa ‘izzah dan yakin dengan agama Allah yang dengannya sahaja kita berasa mulia, anda akan rasa tergerak untuk berusaha supaya Islam kembali kepada tempatnya yang mulia, bukan sekadar di masjid dan mahkamah syaria’ah, tetapi merangkumi seluruh aspek kehidupan, dari kepimpinan negara kepada masyarakat, dari ekonomi kepada pendidikan, dari ketenteraan kepada pekerjaan dan seluruhnya.

jika anda berasa ‘izzah dan yakin dengan agama Allah yang hanya padanya ada pertolongan Allah, anda akan berasa yakin bahawa Allah akan membantu mereka yang bersungguh dan ikhlas menegakkan Islam di muka bumi ini, bahawa anda tidak perlu kepada orang kafir untuk membantu, atau orang musyrik untuk membentangkan kepada kita jalan ke arahnya.

kerana sesungguhnya, pada Islam itu sendiri telah ada segala penyelesaian dan jalan keluar

“Pada hari ini Aku telah sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Aku sempurnakan atas kamu nikmatKu, dan Aku telah rela untukmu Islam sebagai agamamu”.
(al-Ma’idah, 5:3)

MELAYU: selepas Islam
kedatangan pedagang Arab pada abad ke 17 di Tanah Melayu yang menyampaikan dakwah kepada masyarakat di sini telah akhirnya menjadikan Islam agama yang sebati dengan masyarakat Melayu (semoga Allah merahmati dan mengganjari mereka). ini boleh dilihat pada corak pemerintahan telah bertukar menjadi pemerintahan sultan dan contoh yang paling tersohor ialah Sultan Alauddin Riayat Syah (1477-1488) yang telah memerintah Melaka berdasarkan corak pemerintahan Saidina Umar alKhattob. undang-undang Melaka iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka juga digubal berdasarkan hukum-hukum Islam. malahan sehingga kini pun, takrif Melayu itu sendiri berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dikaitkan dengan Islam:

“Orang Melayu” ertinya seseorang yang menganuti agama
Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan—
(a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau
Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu
atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di
Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di
Persekutuan atau di Singapura; atau
(b) ialah zuriat seseorang yang sedemikian

Tidak Semua Nasiolisme Salah

syeikh Hassan alBanna ada menyebut dalam Himpunan Risalahnya dalam risalah Dakwah Kami, bab Pendirian Kita Terhadap Aliran Fahaman Lain, satu bab yang panjang tapi saya ambil poin yang berkaitan:

(nasionalisme yang dibenarkan dalam Islam)

“Jika nasionalisme yang dimaksudkan oleh mereka yang berbangga dengan semangat nasionalisme ialah generasi mutakhir perlu menurut jejak generasi silam dalam membina hidup gemilang, dihormati, cemerlang, berkeyakinan tinggi dan menjadikan mereka sebagai contoh yang baik; Jika nasionalisme yang dimaksudkan ialah kegemilangan seorang bapa menjadi kebanggaan seorang anak lantaran itu menjadi pembakar semangat dan perangsang. Jika ini yang dimaksudkan, ia adalah suatu tujuan yang baik. Kami sokong dan kami galakkan. Bukankah usaha kita membangkitkan semangat generasi masa kini bertujuan supaya mereka mencontohi kehebatan generasi silam.”

“Jika nasionalisme yang dimaksudkan ialah keluarga dan bangsanya adalah orang yang paling utama untuk menerima layanan baik dan orang yang paling utama dilimpahkan segala sumbangan dan jihad, maksud ini adalah benar. Siapakah yang tidak merasakan bahawa orang yang paling utama untuk menerima sumbangannya ialah bangsanya sendiri yang telah membesarkannya?

“Jika nasionalisme yang dimaksudkan ialah kita semua dituntut supaya berusaha dan berjihad, maka menjadi kewajipan setiap kumpulan untuk berusaha mencapai matlamat ini sehingga dengan izin Allah masing-masing mencapai kejayaan. Inilah pengagihan tugas yang terbaik. Siapa lagi kalau bukan kita yang membekalkan kepada umat Timur dengan pelbagai pasukan dan ketumbukan jihad dalam setiap lapangan sehingga kita bertemu semuanya dalam kemerdekaan dan kebebasan.”

Semua nilai nasionalisme ini dan yang seumpamanya adalah nilai yang baik, disanjungi dan tidak dilarang oleh Islam. Nilai ini menjadi ukuran kita dan kita bukan sahaja menerima dengan senang hati semua nilai ini malah kita sokong.”

(nasionalism yang dilarang dalam Islam)

“Jika apa yang dimaksudkan dengan nasionalisme ialah menghidupkan kembali budaya jahiliyyah yang telah pupus. Mewujudkan semula sejarah yang telah lenyap dengan mengenepikan tamadun baik yang telah bertapak kukuh. Membuang semua yang ada kaitan dengan Islam semata-mata kerana semangat nasionalisme dan semangat kebangsaan sepertimana yang dilakukan oleh sesetengah negara yang agak fanatik. Sehingga ke tahap menghancurkan semua imej Islam dan Arab. Termasuk mengubah nama, huruf dan istilah yang digunakan dan menghidupkan semula budaya jahiliyyah yang telah sekian lama pupus. Jika inilah nasionalisme yang dimaksudkan, maka nasionalisme seperti ini tidak betul dan membawa kesan yang amat buruk.”

“Jika apa yang dimaksudkan dengan nasionalisme ialah berbangga dengan bangsa sendiri hingga ke tahap merendahkan bangsa lain, memusuhi dan memanipulasi bangsa lain demi memartabatkan bangsa sendiri sepertimana yang pernah dilakukan oleh Jerman dan Itali atau mana-mana bangsa yang mendakwa mereka lebih istimewa berbanding bangsa-bangsa lain, maka maksud seperti ini adalah suatu yang keji malah bercanggah sama sekali dengan nilai peri kemanusiaan.”

malah Allah sendiri ada menyebut bahawa bangsa itu adalah ciptaanNya jua:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, . Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya” (alHujuraat, 49:13)

siapakah kita untuk menghina bangsa kita sendiri, melupakannya atau mengikis identiti bangsa kita yang tidak bertentangan dengan Islam. kita tidak pilih untuk dilahirkan sebagai bangsa apa. Allah telah menetapkan kita untuk dilahirkan sebagai bangsa kita sekarang ini kerana inilah bangsa yang terbaik untuk kita dan wajib ke atas kita untuk menjadikan bangsa kita ni suatu bangsa yang berbangga dan beramal dengan Islam yang sohih yang suatu hari nanti akan bernaung juga di bawah khilafah Islam yang bakal menguasai dunia.

Formula Kebangkitan Umat

ustaz Syed Qutb ada menyebut dalam bukunya Haza adDeen berdasarkan kisah perang Uhud:

“apa yang jelas ialah manhaj Ilahi (Islam) ini meletakkan sepenuh kejayaan in kepada usaha manusia dan kejayaan ini hanya dicapai menurut kemampuan manusia dalam usahanya memperbaiki jiwa dan kehidupan manusia amnya”

syarat kepada bengkitnya Islam di sesuatu tempat itu ialah perlunya kepada satu umat yang berusaha bersungguh-sungguh sepertimana yang dilakukan oleh rasulullah s.a.w. dan para sahabat dahulu.

mengikut suasana di Malaysia yang penduduknya adalah majoriti melayu, dan perlembagaan telah meletakkan syarat melayu mesti beragama Islam dan ada juga perlembagaan yang menyatakan Islam sebagai agama persekutuan, adalah logik untuk memulakan usaha ini dengan membangkitkan kesedaran orang melayu di Malaysia supaya bersama-sama berusaha mengembalikan kegemilangan Islam di bumi Malaysia, tanpa menafikan bangsa-bangsa lain juga boleh menyumbang di dalam usaha ini. juga tanpa menafikan hak bangsa lain yang belum mendapat dakwah Islam untuk mendapat kefahaman tentang Islam. tetapi fokus kita ialah bangsa yang memang telah sebati dengannya agama Islam, cuma mungkin keramaian darinya telah tertipu dengan keseronokan dunia maka telah jauh dari ajaran Islam yang sebenar.

menjadi tanggungjawab kepada setiap individu melayu yang secara mafhumnya adalah Muslim di Malaysia yang sedar akan hakikat ini untuk menyampaikan Islam kepada sekurang-kurangnya keluarganya sendiri sehingga akhirnya mereka juga sedar dan bergerak bersama-sama. jika setiap individu melayu Muslim yang sedar berkerja bersungguh-sungguh ke arah ini, insyaAllah cahaya  Islam akan terpancar di bumi Malaysia yang kita cintai ini, dan apabila tiba masanya dengan izinnya cahaya ini akan bersatu dengan cahaya-cahaya yang indah dari seluruh pelosok dunia, akhirnya Islam kembali menyinari umat manusia di seluruh dunia.

MELAYU Sepakat Islam Berdaulat

hakikat yang berlaku di Malaysia harini ialah kebanyakan mesyarakat Melayu Islam berada di dalam kecelaruan yang membimbangkan. mereka tidak memahami Islam yang sebenarnya, yang merangkumi keseluruhan hidup mereka. mereka tidak merasakan kewajipan untuk menyampaikan Islam kepada masyarakat sekeliling mereka. bahkan kepada  keluarga mereka sendiri pun tidak terasa untuk menyampaikan. selagi mereka cukup makan, orang lain tidak mengganggu mereka dan keluarga mereka, mereka reda dengan keadaan umat hari ini.

sedarlah! bangsa Melayu telah dimuliakan oleh Islam sejak agama ini bertapak di Tanah Melayu ratusan tahun dahulu. tetapi sayangnya, kelalaian dan tertipunya bangsa kita dengan nikmat keduniaan telah menyebabkan kita tersungkur oleh perancangan musuh yang tidak mengenal penat-lelah menghancurkan Islam. mereka sama sekali tidak akan berhenti sekadar menghilangkan khilafah, tetapi mereka akan terus bergerak supaya segala usaha menegakkannya kembali dihapuskan di peringkat awalnya lagi.

kebangkitan bangsa Melayu dalam menegakkan Islam telah mendapat perhatian musuh Islam. kedatangan mereka ke Tanah Melayu bukan sekadar berdagang rempah atau menjelajah benua, tetapi mereka mempunyai agenda yang lebih besar: menghancurkan kebangkitan Islam di Asia Tenggara. jika kita tidak berhati-hati dan masih terus leka dan berpecah-belah dengan isu tempatan, berhati-hatilah! sejarah boleh berulang! cuma kali ini, musuh itu mungkin telah berada di kalangan kita…

sedarlah! kita harapan umat Islam di Malaysia. bukan menafikan kehadiran kaum lain di Malaysia ni, tetapi kita adalah bangsa paling ramai di Malaysia, juga bangsa yang secara mafhum dan undang-undangnya adalah Islam. bangsa lain pula, jika mereka ingin pulang ke negara mereka untuk menyampaikan Islam di tanah asal mereka, kita tidak boleh halang mereka. Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabat Baginda dari golongan Muhajirin sendiri pun rindu untuk pulang ke kampung halaman mereka, Kota Mekkah dan menyebarkan cahaya Islam kepada kaum kerabat mereka di sana yang belum menerima Islam setelah sekian lama berhijrah ke Madinah. akhirnya yang menjadi harapan untuk membangkitkan Islam di tanah bertuah ini ialah penduduk asal bumi ini juga, iaitu kaum Melayu. pulanglah semua kepada ajaran Islam yang syumul dan bersepakatlah untuk mengembalikan kegemilangan Islam di bumi Malaysia yang tercinta ini.

fahamilah, seruan ini bukan kita meletakkan kaum lain di bawah kita, tetapi mengajak semua orang Melayu di Malaysia supaya merasa ‘izzah dan bangga dengan Islam, yang akhirnya menggerakkan kita untuk beramal dengan sepenuhnya Islam dalam kehidupan kita serta mengajak mereka di sekeliling kita untuk sama-sama merasai kemanisan dan kebahagiaan apabila hidup sepenuhnya dengan Islam.

ketahuilah, seruan ini bukan sahaja ditujukan kepada 2 parti politik Melayu di Malaysia, tetapi diajukan juga kepada semua orang Melayu di Malaysia supaya kita sama-sama sepakat dengan apa jua perkara yang menguntungkan agenda Islam dan sepakat menentang apa jua perkara yang merugikan agenda Islam.

wallahua’lam

bacaan bermanfaat insyaAllah

30 soalan Melayu Sepakat Islam Berdaulat

Ucapan Dasar AGM ISMA ke-12

Fahami AssabiyahMelayu Islam

Lihat Politik Dalam KepentinganUmmah

akhlak-kesepakatan-umat-asas-kekuatan-pembangunan

msib-01-melayu-sepakat-islam-berdaulat

perpecahan-sentiasa-mengundang-musuh

[MSIB 02] Kristianisasi : UMNO vs PAS berlawan di mahkamah

Nasionalis atau sekularis?

Wala’ dan Bara’ dalam konteks perjuangan menegakkan syariat Islam

Sampaikanlah pandanganku ini

Wala dan bara’

Perjuangkan Islam atau Demokrasi ala Barat?

Penyelesaian Saya…Penyelesaian Saudara?

melayu-sepakat-islam-berdaulat

video-video berguna untuk memahami slogan ini

Apa kata mereka (bukan ahli ISMA)?

Memperkongsi Jalur Dakwah Menelusuri Cabaran Wehdah – Prof. Dato’ Dr. Sidek Baba

DR ASRI-TRANSFORMASI POLITIK…POLITIK JAGA HATI KAWAN

Sokong Islam Anda Selamat -Ustaz Kazim

Bangkit – DJ Fuzz x Altimet x Salam (Official Lyric Video )

 

Sokong Islam Anda Selamat -Ustaz Kazim

Comments (2) »

AGENDA – STRATEGI – AMAL

Perlawanan bola sepak tanpa tiang golnya,

pertandingan golf tanpa lubang-lubangnya,

ingin menuntut ilmu tanpa tahu apa aplikasinya,

musafir tanpa destinasinya,

hidup tanpa tahu tujuan penciptaannya.

Stadium lengkap beserta pemainnya tanpa formasi,

padang sempurna tanpa teknik pukul dan strategi,

belajar tanpa jadual dan sistem yang rapi,

perjalanan ke destinasi tanpa peta dan bekalan yang mencukupi,

bernafas bernyawa untuk Ilahi tetapi tiada rujukan yang hakiki.

Pemain di posisi, bola menanti, tetapi tidak disepak,

ilmu di dada, stick di tangan tetapi tidak bertindak,

jadual kemas, buku bertimbun, tetapi muka surat tidak diselak,

peta sudah ada, kenderaan dah bersedia, tetapi tidak berganjak,

hayat di badan, manhaj hidup di kepala tetapi tidak bergerak..

————–

Aku pernah ditanya bagaimana untuk terus kuat mengharungi hidup. Jawapan aku mudah, tetapi berat untuk diaplikasi: JELAS TUJUAN HIDUP dan BAGAIMANA MENCAPAINYA

perlawanan bola sepak tanpa tiang golnya,

pertandingan golf tanpa lubang-lubangnya,

ingin menuntut ilmu tanpa tahu apa aplikasinya,

musafir tanpa destinasinya,

hidup tanpa tahu tujuan penciptaannya.

Kegagalan mengetahui tujuan hidup akan membawa kepada kemusnahan. Kegagalan mengenal tujuan hidup yang sebenar boleh membawa kepada kesesatan. Tujuan paling besar manusia diciptakan di bumi ini boleh disimpulkan oleh firman Allah:

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka mengabdikan diri kepadaKu” (azZaariyaat, 51:56)

Pengabdian yang sebenar bukan semata-mata beriktikaf di masjid, sujud dan rukuk, membaca alQuran dan ibadah-ibadah khusus yang lain. Islam yang syumul, yang merupakan cara hidup manusia tidak menghadkan kepada rukun Islam yang lima itu sahaja. Tetapi pengabdian kepada Tuhan yang sebenarnya ialah menyerahkan segala kehidupan untuk mengamalkan perintahNya demi mencari redhaNya.

Tapi apakah perintahNya yang paling utama sekarang?

Agama Islam diturunkan kepada manusia melalui perantaraan Rasulullah s.a.w. yang mulia sebagai satu-satunya agama yang diiktiraf oleh Allah, tuhan sekelian alam. Islam bukan sekadar sebutan, teori atau nama, tetapi ia adalah sistem kehidupan yang diciptakan untuk manusia oleh Tuhan yang menciptakan manusia itu sendiri.

” Hai orang-orang yang beriman rukuklah, sujudlah kamu,sembahlah tuhanmu dan perbuatkan kebajikan supaya kamu mendapat keberuntungan. Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya) dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan sudah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: “Orang-orang Islam” semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dialah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan” (alHajj, 22: 77-78)

“Pada hari ini Aku telah sempurnakan untuk kamu agama kamu, dan Aku telah
cukupkan bagi kamu ni’matKu serta Aku telah meredhai Islam sebagai agama kamu”.
(alMaaidah 5:3)

“Sesiapa yang mengikut agama yang lain dari Islam, maka tidak diterima daripadanya,
dan pada hari Akhirat, dia termasuk di kalangan orang-orang yang rugi”.
(Ali ‘Imraan 3: 85)

Kedudukan Islam harini yang sekadar di masjid dan mahkamah syariah sahaja adalah satu penghinaan kepada agama yang mulia ini.

Menjadi tanggungjawab manusia untuk mengembalikan kedudukan Islam kepada tempat asalnya yang suci. Islam tidak ditegakkan sekadar dengan beruzlah dan berdoa di masjid. ia tidak akan kembali mulia hanya dengan sekadar menganjurkan program-program dan mengharap orang ramai akan datang. Ia hanya dapat ditegakkan -dengan bantuan Allah- oleh orang islam sendiri yang bersungguh-sungguh bertemu manusia sebagaimana rasulullah s.a.w. dan para sahabat dahulu buat dalam usaha menegakkan Islam di tanah arab dan seterusnya menyebarkannya ke seluruh pelosok dunia.

Inilah perintahNya yang paling utama sekarang. Untuk akhirnya Islam kembali berdaulat di dunia.

stadium lengkap beserta pemainnya tanpa formasi,

padang sempurna tanpa teknik pukul dan strategi,

belajar tanpa jadual dan sistem yang rapi,

perjalanan ke destinasi tanpa peta dan bekalan yang mencukupi,

bernafas bernyawa untuk Ilahi tapi tiada rujukan yang hakiki.

Semestinya ia tidak semudah mengungkap kata.

Namun kita telah ada contoh dan panduan terbaik bagaimana mencapainya: alQuran dan sunnah

“Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU” (khutbah terakhir Nabi s.a.w.)

Namun tidak semua orang diberi kefahaman dan kekuatan oleh Allah untuk menguasai ilmu yang sebegitu besar dan berat. akhirnya kita bergantung kepada ulama’-ulama’ yang terpilih untuk mengeluarkan satu sistem berlandaskan Kitabullah dan sirah yang boleh dipraktikkan umat hari ini. Dari sinilah timbul pelbagai fikrah dan gerakan islami.

pemain di posisi, bola menanti,  tetapi tidak disepak,

ilmu di dada, stick di tangan tetapi tidak bertindak,

jadual kemas, buku bertimbun, tetapi muka surat tidak diselak,

peta sudah ada, kenderaan dah bersedia, tetapi tidak berganjak,

hayat di badan, manhaj hidup di kepala tetapi tidak bergerak.

Namun yang penting, sistem atau manhaj itu telah ada. Sekarang menanti manusia untuk bergerak dan thabat dengannya. Kajilah dengan mendalam dan sentiasa minta petunjuk dari Allah. Semoga ditunjuki jalan yang terbaik dan akhirnya terus istiqamah di atasnya.

——–

Image

akhirnya keseluruhan hidup kita akan berkisar dengan 3 soalan itu:

apakah tujuannya? (AGENDA)

bagaimana mencapainya? (STRATEGI)

sejauh mana aku telah membuatnya? (AMAL)

wallahua’lam

Leave a comment »

Suratku Kepada Suami Muslim Yang Mulia oleh Murshid Am Ikhwan Muslimin

bukak folder ‘artikel islami’. masa tengah browse folder tu terperasan dokumen  bertajuk “Suratku Kepada Suami Muslim Yang Mulia”. tak ingat pula bila dan dari mana dapat artikel ni. terdetik pula rasa nak baca. banyak pengajaran boleh ambil. harap bermanfaat kepada diri sendiri dan saudara2 yg lain, samada yang sudah berumahtangga ataupun yang bakal memikul tanggungjawab yang berat ini. (note: diedit skit untuk mudahkan bacaan)

~*~

Suratku kepada suami muslim yang mulia,

Assalamu’alaikum wr.wb.

Aku suka memanggil kamu dengan nama di atas. Ia bukan satu panggilan tradisi, sebaliknya ia satu panggilan yang disukai dan digemari Rasulullah s.a.w.. Aku akan beritahu kamu selepas ini dengan izin Allah, kenapa nama ini dipilih.

Adapun sebab aku menulis surat ini ialah beberapa aduan daripada akhawat anggota jamaah IM telah sampai kepadaku. Begitu juga aduan daripada akhawat yang bukan anggota IM. Meskipun aku rasa bertuah kerana diberi peluang hadir di muktamar akhawat yang diadakan beberapa minggu yang lalu di dewan muktamar university al-Azhar di bawah slogan: al-mar’ah al-Misriyyah… min athaurah ila an-nahdhah (Wanita Mesir.. dari revolusi kepada kebangkitan memajukan negeri), dan aku telah berbicara kepada mereka tentang kewajipan wanita di peringkat individu, keluarga dan masyarakat, tetapi kita mesti tahu bahawa di sana terdapat hak-hak mereka daripada lelaki yang merupakan tanggungjawab aku dan tanggungjawab kamu.

Sesungguhynya aku memilih untuk berbicara kepada kamu secara langsung, mengingatkan kamu peranan yang dipikulkan Allah ke atas bahu kamu, yang dipesan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kamu ketika baginda berada di ambang kematian. Ia merupakan wasiat terakhir yang paling berharga pernah diungkapkan oleh orang yang berwasiat.

Tuhan yang memiliki kebesaran berpesan kepada kamu supaya menjadikan hubungan kamu dengan isteri kamu bertunjangkan mawaddah dan rahmat, dibaluti kesedaran akan masuliah (pertanggungjawaban). Maka kamu adalah pengemudi bahtera keluarga. Kepimpinan kamu adalah kepimpinan yang berupa pertanggungjawaban, bukan penghormatan. Tuhan kamu berpesan supaya kamu jangan lupa kerana jika kamu lupa, kamu akan dilupakan.

“… dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.” (Al-Baqrah, 2:237).

Al-fadhl ialah kamu memberi lebih banyak daripada kamu meminta, kamu mengambil hak kamu lebih sedikit daripada yang sepatutunya.

Dia berkata kepada kamu, bahawa kamu melindungi isteri, anak-anak daripada kemudaratan dan perkara yang membahayakan sama ada dari aspek kebendaan dan maknawi, juga usaha kamu membawa manfaat kebendaan dan maknawi kapada mereka merupakan tanggungjawab yang diletakkan di atas bahu kamu sejak mula dijadikan ayah kamu Adam dan ibu kamu Hawwa sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

“Maka, Kami berfirman: Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah dia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita.”

(Ta Ha, 20:117)

Dan Rasulullah Musa a.s. telah merealisasikannya secara amali, sebagai mematuhi tuntutan Ilahi yang penuh dengan hikmah yang sangat mendalam maknanya

“Ketika dia melihat api, lalu berkatalah dia kepada isterinya: Berhentilah! Sesungguhnya aku ada melihat api semoga aku dapat membawa kepada kamu satu cucuhan daripadanya atau aku dapat di tempat api itu: Penunjuk jalan.”

(Ta Ha 20:10).

Ayat ini mahu menyampaikan bahawa Musa seoalah-olah berkata kepada keluarganya: kamu tunggu di sini! Aku akan meninjau keadaan sekitar untuk mengelakkan kamu daripada bahaya dan perkara yang memudaratkan. Dan aku akan bawa kepada kamu perkara yang bermanfaat dari segi maddi dan maknawi.

Dan Allah juga telah menjadikan ikatan hubungan suami isteri ini dengan aqad yang kukuh yang diikat sendiri oleh kamu. Kamulah yang wajib memeliharanya. Allah akan menghisab kamu faktor-faktor yang menjadi ikatan itu kekal kukuh atau terburai

“Dan bagaimana kamu tergamak mengambil balik pemberian itu padahal kasih mesra kamu telah terjalin antara satu dengan yang lain dan mereka pula (isteri-isteri kamu itu) telahpun mengambil perjanjian yang kuat daripada kamu?” (an-Nisaa’ 4:21)

Adapun kesalahan wanita atau keaiban mereka, ia seumpama keaiban kamu dan kesalahan kamu. Kedua-dua kamu perlukan kesabaran untuk merawatnya. Namun tali kekangannya tetap berada di tangan kamu agar kapal ini hanya dikemudikan oleh seorang individu sahaja. Urusan keluarga bukan tempat untuk berebut kuasa atau beradu tenaga untuk jadi ketua sabagaimana yang cuba dilakukan oleh musuh-musuh Islam dan musuh-musuh kemanusiaan untuk mencarikkan ikatan yang suci ini. Mereka cuba menyalakan api pertentangan antara lelaki dan perempuan dengan mengunakan setengah kesalahan yang dilakukan oleh sebahagian suami dan mengaitkan kesalahan itu dengan sistem Islam, syariah rabbaniah yang telah meletakkan tanggungjawab kepimpinan di bahu lelaki, semua lelaki ke atas semua wanita, demi memelihara kesejahteraan masyarakat.

Sesungguhnya al-Quran telah menyatakan dengan ringkas dan padat semua sistem-sistem yang diperlukan oleh manusia. Semua itu tersimpul di dalam beberapa ayat yang sangat ringkas.

“Demi malam apabila ia menyelubungi segala-galanya (dengan gelap-gelitanya), Dan siang apabila ia lahir terang-benderang; Demi Yang menciptakan (makhluk-makhlukNya) lelaki dan perempuan, (jantan dan betina);

( al-Lail 92:1-3)

Malam dan siang, lelaki dan perempuan, saling bergandingan, lengkap melengkapi. Bukan berebut dan bersaing. Tiada kelebihan yang satu ke atas yang lain kecuali dengan melaksanakan peranan masing-masing.

Sebagai contoh, lihat isteri Firaun. Firaun mendakwa dirinya sebagai tuhan. Namun dakwaan itu sedikitpun tidak menjejaskan iman isterinya. Sebaliknya dua orang wanita lain yang menjadi isteri kepada dua orang nabi yang mulia, tidak mendapat apa-apa kelebihan di sisi Allah di sebabkan keingkaran mereka. Dan Maryam pula, seorang wanita solihah yang tidak bersuami. Jadi setiap individu mempunyai kedudukan tersendiri di sisi Allah. Ia dihisab secara berasingan daripada pasangan masing-masing. Setiap orang mempunyai masuliah fardiah yang tidak boleh dipikul oleh orang lain.

Ketika Nabi s.a.w. menyebut bahawa wanita seperti tulang rusuk yang bengkok, itu tidak bermakna keaiban bagi wanita kerana wanita tidak menciptakan dirinya sendiri. Dari sisi lain kita dapati tulang rusuk yang bengkok itulah sebenarnya bentuk yang paling baik dan paling ideal. Kalaulah tidak kerana tulang rusuk itu bengkok, jantung tidak akan berada dalam keadaan yang selesa dan tidak akan dapat menjalankan fungsinya membekalkan darah ke seluruh anggota. Sepasang paru-paru juga begitu. Jika tulang rusuk tidak bengkok, seluruh tubuh tidak dapat bernafas, insan tidak akan hidup sihat dan sejahtera, tidak akan mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan ke atasnya.

Justeru, Allah Azza wa Jalla berkata, ketika kamu tidak suka kepada sesuatu perkara yang ada pada isteri kamu – kesempurnaan itu hanyalah milik Allah jua – kamu juga tidak terlepas dari kekurangan dan kesilapan. Dalam kontek ini Allah berfirman maksudnya:

“… Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).”

(An-Nisaa’, 4:19)

Rasulullah s.a.w. pula telah menghuraikan perkara ini dengan terperinci dan praktikal yang kamu boleh laksanakan dengan segera. Kamu yang mesti laksanakan, bukan dia (isteri kamu) kerana kamu adalah pengemudi, kamu yang bertanggungjawab. Baginda bersabda maksudnya:

“Janganlah seorang mukmin membenci wanita mukminah (isterinya) secara berlebihan, (yang menyebabkan dia dapat meninggalkannya atau menceraikannya), kalau dia membenci perangainya, pasti ada satu perangai lainnya yang dia senangi

(Hadis Shahih Riwayat Muslim)

Maksudnya di sini, jika kamu melihat sesuatu yang tidak ada kaitan dengan prinsip-prinsip iman, maka kamu mesti mengubah mood kamu sendiri, sehingga kamu dapat melihat dan mengiktiraf kelebihannya dari aspek yang lain yang pastinya terlalu banyak yang kamu sukai. Maka dengan itu perasaan benci dengan segera akan bertukar menjadi sayang.

Aku ingin mengingatkan kamu satu maklumat yang simple yang kadang-kadang kita lupa. Tidakkah zakat fitrah isteri kamu, anak-anak dan khadam kamu yang bayar walaupun isteri kamu seorang yang kaya raya? Itu merupakan lambang pertanggungjawaban yang dipikulkan ke atas kamu kerana itu bukan zakat harta. Zakat harta yang dimiliknya adalah tanggungjawab dia sendiri. Dia yang mesti tunaikan secara berasingan daripada kamu. Awas kamu! Jangan ambil sedikitpun daripada hartanya tanpa izinnya dan jangan halang dia berbuat baik kepada keluarganya mengikut sukanya. Jika kamu berbuat demikian maka hisab kamu di sisi Allah amat sukar. Allah mengharamkan kezaliman ke atas diriNya dan menjadikan kezaliman itu haram ke atas sesama hambaNya.

Jadilah kamu orang yang sentiasa setia kepada isteri kamu kerana Rasulullah s.a.w. sentiasa setia kepada isterinya Khadijah r.a., kesetiaan yang sungguh indah sehingga selepas Khadijah meninggal dunia. Ia menjadi contoh bagi seluruh umat manusia. Begitu juga baginda tidak menyembunyikan perasaan cintanya kepada Aishah r.a. ketika baginda ditanya siapakah manusia yang paling baginda cintai. Maka dengan spontan baginda menjawab dengan terang dan tegasa: “Aishah!” Lalu sahabat berkata bahawa mereka bukan tanya tentang wanita, dan sekali lagi baginda menjawab: “Ayahnya!”. Baginda tidak berkata “Abu Bakar”, sebaliknya berkata: “Ayahnya”. Ia memberikan gambaran hubungan mesra dan intim antara baginda dan Aishah dan secara tidak langsung menggambarkan kedudukan Abu Bakar di sisi baginda.

Adakah kamu fikir ada ungkapan yang lebih indah daripada ini bagi menggambarkan rasa cinta seorang suami kepada isterinya? Ungkapan yang begitu tulus lahir dari bibir suami pastinya mampu memadam apa-apa kesilapan dan perselisihan antara kamu berdua. 

Seandainya masalah yang kamu hadapi, na’uzubillah, sudah sampai ke tahap bercerai, dan cerai adalah perkara halal yang paling dibenci Allah, isteri yang diceraikan itu berhak tinggal di rumah kamu, hak yang ditentukan sendiri oleh Allah, agar dengan keberadaannya di rumah itu, hati kamu dan hatinya akan jadi lembut, dan perselisihan yang berlaku sebelumnya akan lebur. Tidakkah kamu nampak, dalam keadaan yang begitu genting sekalipun, Allah tetap menghendaki kamu melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Perhatikan ayat-ayat berkaitan dengan talaq, kebanyakannya dibasahi dengan ciri-ciri kelembutan dan kebajikan. Lihat surah at-Talaq ayat 1 hingga 3.

Wahai Nabi! Apabila kamu – (engkau dan umatmu) – hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya, dan hitunglah masa idah itu (dengan betul), serta bertaqwalah kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai idahnya), dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan itulah aturan-aturan hukum Allah (maka janganlah kamu melanggarnya); dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepada dirinya. (Patuhilah hukum-hukum itu, kerana) engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara (yang lain). Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik, atau lepaskan mereka dengan cara yang baik; dan (semasa adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamukamu merujukkan atau melepaskannya); dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

(atTalaaq, 65:1-3)

Akhirnya jangan kamu lupa wasiat perpisahan kekasih kita s.a.w.

Hendaklah kamu berpesan agar berbuat baik kepada wanita…”.

Sungguh mengkagumkan, wasiat ini digandingkan dengan wasiat supaya menjaga solat. Tidakkah kamu rasa bahawa ia merupakan suatu perkara yang sangat penting?

Justeru, wahai saudaraku para suami, di manapun kamu dan dalam keadaan apapun, maka setia dan setialah kepada isteri kamu! Berbuat baik dan berbuat baiklah kepada isteri kamu! Beri perhatian dan beri perhatianlah kepada perasaan isteri kamu! Berbakti dan berbaktilah kepada keluarga isteri kamu! Bantu dan bantulah isteri kamu untuk berbakti kepada keluarganya. Bawalah isteri kamu memikul bersama kamu beban keluarga dan beban dakwah. Jadikan dia sandaran belakang kamu supaya dia dapat berjalan seiring kamu sambil membawa risalah dakwah yang diwajibkan Allah ke atas kamu.

Awas dan awas daripada mengambil hartanya tanpa kerelaannya. Adapun jika dia rela, Allah telah jelaskan hukumnya di dalam firmanNya yang bermaksud:

“… Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya”

(An-Nisaa’ 4:4)

Ingat neraka dan neraka! Selamatkan isteri kamu darinya.

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka…”

(At-Tahrim 66:6)

Ingat syurga dan syurga. Bawalah dia bersama kamu serta anak-anaknya.

“Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin;”

(Ya Sin, 36:56)

Dan ingatlah juga bahawa orang yang terbaik dalam kalangan kita ialah yang paling baik kepada isterinya. Dan sesungguhnya Rasulullah s.a.w. orang yang paling baik kepada isterinya dalam kalangan seluruh umat manusia. Maka adakah kita mencontohinya?

Akhirnya, Rasulullah s.a.w. menamakan kamu suami yang mulia (zauj karim) selama kamu melaksanakan wasiatnya yang bermaksudnya:

“Tidak memuliakan wanita kecuali orang (suami) yang mulia, dan tidak menghina wanita kecuali orang yang tercela!

. Maka jadilah kamu wahai saudaraku suami muslim yang mulia. Semoga Allah berkati kamu pada isteri kamu, harta kamu dan anak-anak kamu. Semoga Allah rahmati ibu bapa kamu dan ibu bapa isteri kamu sama ada mereka masih hidup di dunia ini atau telah berpindah ke alam abadi. Semoga Allah himpunkan kamu berdua dalam kebaikan dunia dan akhirat. Semoga Allah berkati zuriat kamu berdua.

Sesungguhnya aku telah berbicara kepada para isteri dalam muktamar lepas dengan membawakan satu Hadis yang menjamin pahala untuk mereka, iaitu seorang wanita yang melayan suami dengan baik pahalanya menyamai jihad, solat jamaah, solat jumaat dan mengiringi jenazah. Dan redanya kamu kepada mereka merupakan pintu untuk mereka masuk syurga.

Aku berharap kamu tidak lupa kepada kami dalam doa-doa kamu yang baik-baik.

Was-salamu’alaikum wr.wb.

Saudara kamu,

Dr. Muhammad Badi’

Murshid Am Ikhwan Muslimin

Murshid Am Ikhwan Muslimin

Leave a comment »